Bola Sepak

Piala AFC 2021 dibatalkan jika tiada venue


Datuk Windsor Paul John

KONFEDERASI Bolasepak Asia (AFC) mengambil keputusan membatalkan perlawanan Piala AFC 2021 membabitkan kumpulan D, G, H dan I jika tiada venue untuk menganjurkan perlawanan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Windsor Paul John berkata, mesyuarat jawatankuasa pertandingan sebulat suara membatalkan kejohanan Piala AFC 2021 membabitkan mana mana kumpulan yang tiada pasukan atau negara yang bersedia menjadi tuan rumah.

Ujarnya, ketika ini agak sukar untuk mencari tuan rumah dalam waktu yang singkat selain perlawanan terbabit tidak boleh ditunda kerana akan menganggu perjalanan liga domestik.

“Jika diikutkan situasi sekarang sememangnya perlawanan Piala AFC membabitkan kumpulan berkenaan batal dan nak jalankan juga ada ke pasukan atau negara mahu menjadi tuan rumah dalam tempoh terdekat ini?.

“Oleh itu, bolehlah dikatakan perlawanan terbabit menuju ke arah pembatalan dan AFC akan mengeluarkan surat rasmi dalam tempoh dua atau tiga hari ini.

“Jika nak tunda pun banyak perkara harus difikirkan kerana kebanyakan negara sekarang ini masih lagi menutup pintu sempadan selain kes Covid-19 masih lagi tinggi,” katanya.

Untuk rekod, Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) yang menjadi tuan rumah bagi kejohanan ini membuat keputusan untuk menarik diri daripada menjadi hos kepada kumpulan H dan I dalam saingan Piala AFC 2021.

Keputusan terbabit diambil berikutan situasi Covid-19 yang tidak dijangka di rantau ini

Ekoran pembatalan kejohanan berkenaan  dua wakil negara iaitu Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Terengganu FC sudah boleh melupakan kejohanan peringkat Asia terbabit dan memberi tumpuan kepada perjalanan Liga Super.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: