EURO 2020

Penyokong Man City kecam jurulatih Belgium, “Ada tangisan di ligamen”

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

De Bruyne terpaksa dikeluarkan pada separuh masa pertama ketika bertemu Portugal kerana kecederaan buku lali. Foto: Getty Images

PENYOKONG-penyokong Manchester City mengecam jurulatih Belgium Roberto Martinez gara-gara ‘menggunakan’ Kevin De Bruyne ketika aksi tewas suku akhir kepada Itali.

Malah ada juga segelintir penyokong kelab juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu meminta Martinez dipecat.

Ia disebabkan pemain tengah itu mengalami kecederaan di buku lali ketika aksi kalah mati bertemu Portugal minggu lalu, namun masih disenaraikan dalam sebelas pemain utama ketika bertemu Itali.

De Bruyne tetap menjaringkan gol dan pembantu gol walaupun alami kecederaan.

Sebelum ini, De Bruyne ragu-ragu untuk menyertai kempen Euro 2020 ini selepas mengalami keretakan di bahagian hidung dan soket mata ketika aksi final Liga Juara-Juara bersama kelabnya.

Bagaimana dia mengakui satu ‘keajaiban’ masih beraksi ketika menentang Itali.

“Secara peribadi, saya lalui empat atau lima minggu yang pelik. Tetapi saya berterima kasih kepada pasukan medikal.

“Satu keajaiban saya dapat bermain hari ini kerana sesungguhnya ia telah merosakkan buku lali saya. Ada ‘tangisan’ di ligamen.

De Bruyne turut mengalami keretakan di hidung dan soket mata ketika final Liga Juara-Juara bersama Man City.

“Tetapi tanggungjawab saya bermain untuk negara.  Malangnya saya tidak boleh buat lebih lagi,” katanya.

Biarpun tanpa prestasi seratus peratus dan bukanlah permainan terbaiknya ketika , De Bruyne tetap menjaring satu gol dan menjadi pembantu gol dalam lima perlawanan Belgium pada kempen Euro kali ini.

Pada perlawanan suku akhir itu, Belgium tewas 1-2 kepada Itali.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: