EURO 2020

Eriksen mainkan peranan penting kejayaan Denmark

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Barisan pemain Denmark melangkah ke pentas separuh akhir dan bakal membuat perhitungan menentang England.

CHRISTIAN Eriksen memainkan peranan penting dalam kejayaan pasukan melangkah ke pentas separuh akhir Euro 2020.

Jurulatih Denmark, Kasper Hjulmand menyifatkan Eriksen kekal sebagai sebahagian pasukannya skuad bimibingannya meraih kemenangan 2-1 mengatasi Republik Czech di Baku, awal pagi tadi.

“Saya memikirkan mengenainya ketika perlawanan dan selepas perlawanan, saya terus memikirkan betapa menakjubkan untuk melihatnya bermain di sini.

“Dia masih sebahagian besar daripada pasukan ini dan memainkan peranan penting dalam usaha kami ke Wembley. Pasukan ini bukan dibina semalam dan dia menjadi sebahagian daripada pasukan sejak sekian lama.

“Saya berharap dia berada di sini. Saya mengirimkan banyak ucapan buatnya dan dia memainkan peranan penting dalam keputusan besar ini,” jelasnya.

Eriksen mengalami serangan jantung mengejut pada perlawanan pembukaan negaranya dalam kejohanan itu berdepan Finland dan memerlukan bantuan kecemasan di padang, sebelum pulih sepenuhnya ketika mendapatkan rawatan di hospital.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: