EURO 2020

Denmark benam cabaran Czech

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Delaney meledak gol seawal minit ke lima membantu kemenangan Denmark ke atas Czech, 2-1.

DENMARK melangkah ke pentas separuh akhir Euro 2020 selepas berjaya menewaskan Republik Czech, 2-1 pada aksi suku akhir yang berlangsung di Stadium Olimpik Baku, Azerbaijan sebentar tadi.

Dua gol pada babak pertama yang dihasilkan Thomas Delaney pada minit ke 5 dan Kasper Dolberg (m-42) sudah cukup buat skuad bimbingan Kasper Hjulmand untuk berada sebaris dengan Itali, Sepanyol yang turut berada dalam kelompok empat terbaik.

Gol tunggal Republik Czech pula dihasilkan Patrik Schick selepas empat minit separuh masa kedua bersambung.

Dolberg (kiri) turut mencetak nama selaku penjaring gol kedua buat pasukan.

Pada aksi yang berlangsung sebentar tadi, Denmark tidak menunggu lama untuk mengegarkan gawang lawan menerusi tandukan cantik pemain tengah, Thomas Delaney pada minit ke-5 untuk menewaskan penjaga gol Republik Czech, Tomas Vaclik.

Kasper Dolberg terus melebarkan jaringan buat Denmark apabila bijak menyambar hantaran rakan sepasukan Joakim Maehle pada minit ke-42  untuk menewaskan Vaclik buat kali kedua sebelum kedua pasukan masuk ke bilik persalinan dengan kelebihan memihak Denmark.

Memasuki babak kedua,  Republik Czech yang dibimbing Jaroslav Silhavy melakukan beberapa pertukaran dan melancarkan serangan sebaik perlawanan dimulakan dan berjaya menguji penjaga gol Denmark, Kasper Schmeichel.

Schick (kiri) berjaya merapatkan jurang gol namun terpaksa akur dengan kekalahan 1-2 kepada lawan.

Usaha Republik Czech memburu gol akhirnya terhasil menerusi Patrick Schick pada minit ke-49 untuk menewaskan Schmeichel.

Jaringan tersebut meningkatkan semangat Republik Czech dan terus meningkatkan tempo permainan, namun tidak berupaya untuk mencari gol penyamaan sehinggalah tamat perlawanan dengan keputusan memihak Denmark mengatasi Republik Czech, 2-1.

Denmark kini bakal menanti pemenang diantara Ukraine dan England yang bakal beraksi sebentar sahaja lagi bagi melengkapkan senarai empat pasukan terbaik.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: