EURO 2020

Denmark mula pasang impian

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

PASUKAN pilihan penyokong, Denmark menempah tempat ke pusingan 16 terbaik Kejohanan UEFA Euro 2020 apabila menamatkan Kumpulan B dibelakang Belgium walaupun tewas dua perlawanan awal.

Skuad Danes tewas perlawanan pembukaan 1-0 kepada lawan Skandinavia, Finland dalam satu perlawanan sukar buat mereka selepas Christian Eriksen rebah di padang dan perlawanan dihentikan hampir 45 minit sebelum disambung semula.

Kemudian Denmark tewas sekali lagi kepada Belgium untuk berada pada kedudukan sukar tetapi bangkit dengan bergaya menewaskan Rusia 4-1 sekaligus melonjak ke tangga kedua dengan perbezaan jaringan sekaligus menyingkirkan Finland dan Rusia walaupun mempunyai jumlah mata yang sama.

Skuad Kasper Hjulmand mempamerkan aksi memuka di pusingan 16 terbaik apabila berjaya menguasai permainan dan mencatat kemenangan 4-0 ke atas Wales di Amsterdam sekaligus memberikan semangat baharu kepada Denmark untuk pergi lebih jauh dalam kejohanan ini.

Pasukan Merah Putih ini pernah muncul juara edisi 1992 tetapi mereka tidak pernah sampai ke peringkat suku akhir sejak 2004 dengan tersingkir awal di peringkat kumpulan pada edisi 2012 dan gagal layak pada 2008 dan 2016.

Pengendali Denmark mendapat tonik tambahan apabila Yussuf Paulsen, Daniel Wass dan Simon Kjaer kembali memperkuatkan pasukan selepas diketepikan akibat kecederaan pada pertemuan dengan Wales.

Denmark yang bermain dengan semangat dan emosi kepada Eriksen pastinya mahu melakar sejarah baharu dengan layak ke separuh akhir dan bakal bertemu sama ada Ukraine atau England selepas ini.

Pastinya satu lagi pertembungan suku akhir yang menarik bakal disajikan kedua-dua pasukan dalam perlawanan yang berlangsung di Baku pagi Ahad nanti.

Barisan kemungkinan Denmark:

Schmeichel; Christensen, Kjaer, Vestergaard; Wass, Hojbjerg, Delaney, Maehle; Braithwaite, Dolberg, Damsgaard


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: