EURO 2020

Aksi suku akhir dibuka dengan penentuan penalti


PERLAWANAN pembukaan suku akhir menyaksikan Sepanyol mara ke separuh akhir apabila menang 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi yang berlangsung di Saint Petersburg awal pagi Sabtu.

Pada aksi perlawanan sebenar, Sepanyol meraih gol seawal minit kelapan permainan berpunca daripada refleksi kaki pemain Switzerland Denis Zakaria yang cuba menghalang tendangan bebas Alba.

Kedua-dua pasukan gagal mencari gol pada masa tambahan.

Skuad Luis Enrique dilihat mendominasi permainan namun benteng pertahanan Switzerland  ternyata sukar ditembusi.

Bagaimanapun babak kedua Xherdan Shaqiri berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-68. Namun kegembiraan itu hanya seketika apabila Remo Freuler dilayangkan kad merah gara-gara melakukan terjahan kasar ke atas Moreno.

 

Pun begitu, Sepanyol gagal menggunakan peluang menentang sepuluh pemain sehingga minit akhir permainan berakhir dengan keputusan 1-1 sekaligus memaksa aksi disambung ke masa tambahan.

Penjaga gol Switzerland Yann Sommer dipilih ‘Man of The Match’.

‘Drama’ gagal mencari sebarang gol pada masa tambahan bagi kedua-dua pasukan berterusan yang menyaksikan akhirnya penentuan penalti dilakukan.

Senarai pemain:

Sepanyol: Simon; Azpilicueta, Laporta, Pau Torres, Alba; Koke, Busquets, Pedri; Sarabia, Morata, Ferran

Switzerland: Sommer, Elvedi, Akanji, Rodríguez, Widmer, Zakaria, Freuler, Zuber, Shaqiri, Seferović, Embolo 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading