EURO 2020

Itali kekal pertaruh konsep menyerang


PASUKAN Itali menarik perhatian ramai dalam peringkat kumpulan dengan persembahan yang cukup meyakinkan tetapi memerlukan jaringan pemain gantian Federico Chiesa dan Matteo Pessina untuk menghantar Italy layak ke suku akhir selepas mengenepikan cabaran Austria di London minggu lalu.

Jaringan itu menyelamatkan maruah skuad Roberto Mancini tetapi turut menyamai rekod jaringan mereka di Kejohanan Eropah dengan sembilan gol dari empat perlawanan — sebelum ini dilakukan di Kejohanan Eropah 2000. Itali juga menunjukkan kekuatan di barisan pertahanan walaupun jaringan pemain Austria, Sasa Kalajdzic mengakhiri rekod 11 perlawanan tanpa bolos Itali.

Kali terakhir Itali tewas adalah di tangan Portugal pada September 2018. Sejak itu, skuad Itali bagai dilahirkan semula selepas gagal layak ke Piala Dunia 2018 dengan beberapa pertukaran pengurus dan kemasukan pemain muda dengan ditambah beberapa pemain senior yang berpengalaman.

Itali mengalahkan Wales sebelum ini.

Selepas kemenangan ke-12 berturut-turut, skuad Itali yang mudah menjuarai Kumpulan A berhadapan dengan keyakinan dari para penyokong yang mula yakin mereka mampu menjulang trofi buat pertama kali sejak kali terakhir melakukannya pada 1968 di halaman sendiri.

Azzurri layak ke final dua kali selepas itu tetapi terpaksa berpuas hati di tangga kedua pada edisi 2000 dan 2012 apabila tewas kepada Perancis dan Sepanyol. Untuk layak ke final kali ini, anak buah Roberto Mancini perlu melepasi Belgium terlebih dahulu.

Itali dijangka akan mengamalkan konsep menyerang dengan kedua-dua pasukan pastinya ingin layak le separuh akhir dengan kota Munich bakal menjadi medan pertempuran hebat dua pasukan elit Eropah ini.

Barisan kemungkinan Itali:

Donnarumma; Di Lorenzo, Bonucci, Chiellini, Spinazzola; Barella, Jorginho, Verratti; Chiesa, Immobile, Insigne


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading