EURO 2020

Belgium mungkin tanpa Hazard dan De Bruyne


 

De Bruyne dan Hazard belum pasti diturunkan ekoran kecederaan dialami kedua pemain berkenaan.

 

STATUS Eden Hazard dan Kevin De Bruyne sama ada bakal diturunkan beraksi menentang Itali pagi esok akan ditentukan pada saat akhir memandang dua pemain utama berkenaan masih bergelut dengan kecederaan.

Jika benar masalah kecederaan tisu otot dialami Hazard dan Keven De Bruyne cedera ligamen, pengendalinya Roberto Martinez terpaksa mencari alternatif lain berdepan aksi getir memburu slot separuh akhir.

“Kami bertarung mengejar masa. Kami perlu hingga minit terakhir bagi membuat keputusan, Akan ada keputusan perubatan pada petang dan kemudian kami akan membuat keputusan mengenai bola sepak selepas itu,” katanya.

Kapten Hazard dan pemain tengah, De Bruyne kedua-duanya cedera ketika Belgium menang 1-0 pada kelompok 16 terakhir mengatasi Portugal.

Barisan pemain Belgium menjalani latihan menjelang aksi getir menentang Itali pagi esok.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading