Lain-Lain

Olimpik 2020: Dua lagi atlet negara tempah tiket ke Tokyo


Kelly tampil untuk kali kedua di pentas Sukan Olimpik.

MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) mengesahkan dua lagi atlet negara berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Pemanah negara, Syaqiera Mashayikh dan pemain golf wanita profesional Kelly Tan.

MOM berkongsi berita gembira tersebut di laman Facebook rasminya dan mengucapkan tahniah kepada kedua-dua atlet berkenaan atas kejayaan mereka menempah tiket ke Olimpik.

Ia merupakan penampilan pertama Syaqiera di pentas Olimpik manakala Kelly pula merakam rekod kedua selepas Sukan Olimpik Rio 2016.

Perkembangan terbaharu Syaqiera dan Kelly yang tersenarai ini menyaksikan seramai 26 orang atlet layak ke temasya sukan terbesar dunia itu yang bakal bermula 23 Julai hingga 8 Ogos ini.

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pada Selasa lalu memberitahu empat atlet masih menunggu status kelayakan termasuk Lee Hup Wei (lompat tinggi) dan atlet olahraga Azreen Nabila Alias (100m wanita) serta dua perenang Welson Sim (gaya bebas/200m/400m lelaki) dan Phee Jinq En (kuak dada 100m wanita).

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: