Lain-Lain

MOM sahkan 30 atlet ke Tokyo, pelayar negara berangkat 8 Julai ini

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) mengesahkan seramai 30 orang atlet negara daripada 10 acara bakal beraksi pada temasya di Sukan Olimpik di Tokyo.

Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengucapkan tahniah kepada semua atlet yang layak ke Sukan Olimpik yang bakal membuka tirai pada 23 Julai hingga 8 Ogos ini.

“Atlet-atlet ini telah melalui situasi sukar dalam tempoh dua tahun terakhir untuk layak ke Olimpik ini. Kita mempunyai masa lebih kurang tiga minggu sahaja lagi.

“Pelayar kita akan menjadi kumpulan pertama berangkat pada 8 Julai ini.

“Kami bersama-sama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) akan memberi fokus persiapan terakhir untuk semua atlet bagi memastikan prestasi kemuncak di Tokyo nanti,” jelasnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Senarai atlet-atlet yang layak ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo:

Memanah
Individu lelaki: Khairul Anuar Mohamad
Individu wanita: Syaqiera Mashayikh

Olahraga
Lompat tinggi: Lee Hup Wei
100 m wanita: Azreen Nabila Alias

Badminton
Perseorangan lelaki: Lee Zii Jia
Perseorangan wanita: Soniia Cheah
Beregu lelaki: Aaron Chia-Soh Wooi Yik
Beregu wanita: Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean
Beregu campuran: Chan Peng Soon- Goh Liu Ying

Berbasikal
Keirin lelaki: Mohd Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom
Pecut lelaki: Mohd Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom

Terjun
Tiga meter papan anjal individu wanita: Nur Dhabitah Sabri, Ng Yan Yee
10 meter platform individu wanita: Pandelela Rinong Pamg, Cheong Jun Hoong
10 meter platform seirama wanita: Pandelela Rinong Pamg/ Leong Mun Yee

Golf
Individu lelaki: Gavin Green
Individu wanita: Kelly Tan

Gimnastik
All around wanita: Farah Ann Abdul Hadi
All aroung lelaki: Jeremiah Loo Phay Xing

Pelayaran
Laser lelaki: Khairulnizam Mohd Afendy
Laser radial wanita: Nur Shazrin Mohd Latif
International 470 wanita: Nuraisyah Jamil, Juni Karimah Noor Jamali

Menembak
50 meter rifle wanita 3 Position: Suryani Mohamed Taibi

Renang
200 meter dan 400 meter gaya bebas lelaki: Welson Sim Wee Sheng
100 meter dan 200 meter kuak dada wanita: Phee Jinq En

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: