Lain-Lain

Nur Suryani mampu cipta kejutan


Reezal mengadakan lawatan ke kem menembak negara di Majlis Sukan Negara (MSN), hari ini.

Oleh : SUBKHI SUDARJI / IZARI ROSLI (Foto)

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican percaya penembak berpengalaman negara Nur Suryani Taibi mampu memperbaiki rekod peribadi seterusnya mencipta kejutan membawa pulang pingat untuk kontinjen negara pada temasya Olimpik Tokyo 2020.

Jelasnya, temasya empat tahun sekali ini yang bakal berlangsung hujung bulan ini  adalah medan terbaik buat  dirinya selepas kali terakhir dia tampil pada Olimpik London 2012 dengan keadaan sarat mengandung.

“Walaupun beraksi  menerusi tiket ‘wildcard’ namun sandaran tetap diberikan kepada atlet terbabit untuk mencipta rekod terbaik dalam acara disertainya.

“ Suryani bukanlah atlet baru dalam sukan negara kerana dia adalah pemenang pingat emas Sukan SEA serta perak di Sukan Asia.

“Saya sempat berbual dengan jurulatihnya ,dia akan berlepas 17 Julai depan dan selain daripada persediaan teknikal, latihan serta mentaliti, aspek kesihatan adalah paling saya harapkan untuk dititiberat oleh semua atlet,” katanya selepas mengadakan lawatan ke kem menembak negara di Majlis Sukan Negara (MSN), hari ini.

Nur Suryani kali terakhir dia tampil pada Olimpik London 2012 dengan keadaan sarat mengandung.

Untuk rekod, atlet berusia 38 tahun itu bakal membuat penampilan keduanya di temasya sukan terbesar dunia itu selepas mencuri tumpuan peminat sukan global pada Sukan Olimpik 2012 di London, apabila bertanding meskipun sedang sarat mengandung lapan bulan.

Nur Suryani banyak mengharumkan nama Malaysia menerusi pelbagai kejayaan diraih di pentas antarabangsa, antaranya merangkul pingat perak dan gangsa Sukan Asia 2014, pingat gangsa Sukan Komanwel 2014 dan beberapa siri kejayaan dalam penyertaan di Sukan SEA.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: