Lain-Lain

Tahniah Jeremiah! Layak ke Sukan Olimpik Tokyo


ATLET gimnastik artistik negara Jeremiah Loo Phay Xing menempah tiket ke Sukan Olimpik di Tokyo bulan.

Layak ke sukan berprestij itu bakal menjadi penampilan sulungnya yang sekaligus turut mengejutkan Jeremiah.

Gimnas berusia 23 tahun dari Pulau Pinang ini memberitahu, dia seakan tidak percaya sebaik sahaja menerima berita gembira ini.

“Saya sangat bersyukmur dan berterima kasih kepada banyak pihak yang bersama-sama dengan saya sepanjang perjalanan ini untuk menjadikannya satu realiti…membantu untuk sampai ke tahap kini.

“Ia tidak mungkin berlaku tanpa anda semua,” kongsinya kepada Bernama.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) Afrita Ariany Nasril dalam kenyataannya sebelum ini telah mengesahkan slot dalam acara all-around lelaki yang akan disertai Jeremiah.

Afrina juga berkata, Jerimiah layak ke Tokyo adalah berdasarkan keputusan penyertaannya pada Kejohanan Gimnastik Artistik Dunia 2019 di Stuttgart, Jerman.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading