Lain-Lain

Chong Wei kekal CDM Tokyo 2020


DATUK Lee Chong Wei masih kekal sebagai ketua kontinjen negara ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata,Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria akan mengadakan pertemuan dengan bekas jaguh badminton nombor satu negara itu bagi membincangkan perkara berkenaan lebih lanjut.

“Setakat ini saya dimaklumkan oleh Norza bahawa CDM (ketua kontinjen) masih Chong Wei. Dia (Chong Wei) pun tadi (hari ini) menyertai mesyuarat sekali, tapi terpaksa keluar lebih awal kerana ada hal lain.

“Saya akan panggil Norza dan Chong Wei untuk jumpa dalam masa terdekat untuk lihat perancangan dan seandainya ada apa-apa keperluan (lain).

“Kita semua tahu apa yang dia (Chong Wei) lalui. Dia atlet yang sentiasa berada dalam semangat juang tinggi, perjuangan dia bukan saja dalam sukan tapi juga dalam kesihatan yang dia lalui.

“Jadi, apapun akan bergantung kepada perjumpaan itu dan pada waktu ini CDM masih kekal lagi Chong Wei,” katanya.

Terdahulu penyertaan Chong Wei selaku ketua kontinjen negara ke Olimpik 2020 menjadi tanda tanya selepas dia dilaporkan tidak akan bersama atlet negara ke Tokyo.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: