Lain-Lain

KBS sambut baik pakej Pemulih


KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menyambutbaik usaha Kerajaan dengan mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) seperti yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Perdana Menteri di Putrajaya baru-baru ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Merican Naina Merican turut merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Perdana Menteri atas pengumuman bantuan one-off sebanyak RM3,000 kepada operator dan pengusaha industri sukan.

Beliau turut menyatakan ini merupakan satu inisiatif yang akan memberikan nafas lega kepada operator dan pengusaha industri sukan di seluruh Malaysia yang telah lama tertekan dengan situasi kawalan penularan Covid -19.

Di samping bantuan one-off, kerajaan turut mengumumkan beberapa lagi  inisiatif melalui Pemulih yang boleh dimanfaatkan oleh pengusaha industri sukan yang terjejas akibat  Covid-19.

Reezal turut memaklumkan bahawa kerajaan telah menyenaraikan beberapa inisiatif dan bantuan yang dapat meringankan beban mereka yang masih baru memulakan kehidupan ketika negara sedang berhadapan dengan situasi yang mencabar ini.

Justeru beliau berharap para belia dapat mengambil peluang dan manfaat yang diberikan oleh kerajaan melalui Pemulih ini.

Susulan Reezal akan mengumumkan beberapa inisiatif dalaman di bawah Kementerian Belia dan Sukan(KBS) sebagai rangkuman tambahan kepada pakej Pemulih dan Pemerkasa yang dapat memberikan manfaat kepada golongan belia dan juga sektor sukan dalam jangka masa yang terdekat.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: