Lain-Lain

Hasrat bekas atlet para Sukan Asia dapat vaksin tercapai


Rahim dan isteri (kiri) mendapat dos pertama vaksin hari ini. Foto: Bernama

HASRAT bekas atlet para kebangsaan, Rahim Yusof dan isteri, Noraidah Hamzah untuk mendapatkan suntukan vaksin akhirnya tercapai.

Rahim,54, dan Noraidah,46, menerima suntikan dos pertama masing-masing di Pusat Transformasi Ilmu Bukit Tiu pada Ahad.

Rahim pernah memenangi emas ketika wakil negara dalam acara lompat tinggi Sukan Para Asia di Hanoi, Vietnam 2003.

Rahim yang tidak mempunyai kedua-dua belah tangan dan isterinya yang lumpuh dari pinggang ke bawah menjalani suntikan khusus bagi Orang Kurang Upaya (OKU) dengan ditemani anak sulungnya.

“Walaupun terpaksa memandu sendiri kenderaan menggunakan kedua-dua belah kaki sejauh hampir 15 kilometer dari rumah, saya tetap bersyukur kerana penantian kami kini sudah berakhir,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) Machang Dr Ummu Atiyyah Hassan berkata, program vaksinasi ini adalah khusus untuk golongan OKU melibatkan peserta Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan warga emas.

“Daripada 350 dos itu, sebanyak 120 dikhaskan kepada OKU, guru dan pelatih PDK manakala selebihnya untuk agensi awam, swasta dan penduduk kampung berdekatan,” ujarnya. -Bernama


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading