
SEPANYOL mara ke suku akhir poenuh bergaya selepas menewaskan Croatia 5-3 dalam aksi perlawanan yang penuh dramatik.
Perlawanan dimulakan dengan kejutan awal kesilapan penjaga gol Sepanyol Unai Simon gagal mengawal bola dengan baik.
Tersentak dengan gol tanpa ‘diundang’ itu, anak buah Luis Enrique mula mengatur serangan yang lebih baik. Beberapa minit sebelum separuh masa pertama berakhir Pablo Sarabia menyamakan kedudukan.

Babak kedua perlawanan lebih rancak dengan menyaksikan Sepanyol mendahului jaringan menerusi Cesar Azpilicueta minit ke-57.
Gol Ferran Torres minit ke-77 mengukuhkan lagi kedudukan Sepanyol namun, kebangkitan Croatia dengan dua gol menerusi Mislav Orsic (m-85) dan Mario Pasalic (m-92) menjadikan perlawanan semakin ‘panas’.
Permainan terpaksa diheret ke masa tambahan selepas kedudukan seri 3-3 dalam masa permainan sebenar.

Alvaro Morata membuka jaringan dalam masa tambahan ini (m-102) sebelum Mikel Oyarzabal memastikan slot ke suku akhir menjadi milik Sepanyol.
Perlawanan berakhir dengan keputusan penuh memikhak kepada Sepanyol dengan lima jaringan berbalas tiga.






Add Comment