EURO 2020

FA sedia panjangkan kontrak Southgate kemudi England

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

PENGURUS England Gareth Southgate bakal menerima tawaran kontrak sambungan selepas berakhirnya kempen Euro 2020.

Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) bersedia memberi kontrak sambungan sehingga aksi Piala Dunia 2022 di Qatar.

Ketua Eksekutif Mark Bullingham berharap FA akan berbincang mengenai perkara ini selepas aksi Euro.

“Kami sangat berharap dia dapat teruskan dan sudah tentu melebihi kontrak ini (sedia ada).

“Gareth tahu apa yang kami fikirkan tentangnya.Kami tahu bahawa dia telah malaksanakan tugas dengan baik dan gembira jika dia teruskan.

“Kami akan mengadakan perbincangan rasmi selepas kejohanan ini (Euro 2020). Tetapi jika anda tanya saya sekarang, sudah tentu saya akan jawab ya, kami mahu dia teruskan,” jelasnya.

England bakal bertemu dengan Jerman awal pagi Rabu ini dalam saingan 16 pasukan terbaik bagi merebut ke slot suku akhir.

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: