EURO 2020

Kekalahan yang tidak adil buat kami


Fernando Santos

PENGENDALI Portugal,  Fernando Santos mengakui kekalahan skuad bimbingannya 0-1 di tangan Belgium sesuatu yang “tidak adil” jika melihatkan peluang dimiliki barisan pemainnya.

Jelasnya, mereka memiliki sekurang-kurangya 29 peluang namun gagal memastikan bola berada dalam gawang lawan manakala sebaliknya buat Belgium.

“Saya rasa ia keputusan yang tidak adil tetapi lawan menjaringkan gol dan kami gagal melakukannya. Mereka mempunyai enam peluang terbaik dan satu tepat ke sasaran. Kami mempunyai 29 peluang dan gagal menjaringkan walau satu gol.

“Barisan pemain saya sudah mencuba sebaik mungkin tetapi gagal menghasilkan gol. Inilah bola sepak.

“Kami sangat kecewa dan berasakan dapat memenangi kejohanan ini sekali lagi selepas 2016. Seluruh rakyat Portugal seharusnya berasa bangga dengan apa yang dipamerkan setiap pemain pada hari ini,” ujarnya.

Gol tunggal Thorgan Hazard dari jarak 27 meter memberikan kemenangan kepada Belgium sekali gus menamatkan kempen Portugal serta Cristiano Ronaldo untuk melangkah ke suku akhir bertemu Itali.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: