Permotoran

MotoGP: Fabio Quartararo kuasai Litar TT Assen


PELUMBA Yamaha Racing Team, Fabio Quartararo apabila meraih kemenangan keempat beliau musim ini dengan mengungguli Grand Prix Belanda di Litar TT Assen.

Quartararo menamatkan perlumbaan 26 pusingan itu dalam masa 40 minit 35.031 saat mengatasi Maverick Vinales di tangga kedua dengan juara bertahan Joan Mir di tangga ketiga.

Dua pelumba Yamaha SRT Petronas, Gerrett Gerlof sekadar di tangga ke-17 manakala Valentino Rossi gagal menamatkan perlumbaan setelah mengalami kemalangan pada pusingan ke-19.

Dengan kemenangan ini, Quartararo kini selesa mendahului senarai keseluruhan mengatasi teman senegara Johan Zarco dengan 34 mata menjelang cuti musim panas.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: