Permotoran

F1 Styria: Verstappen terus kumpul trofi juara

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Verstappen melepasi garisan penamat perlumbaan di tempat pertama. Foto: Reuters

MAX Verstappen melebarkan jurang mata kepada 18 mata mengatasi pencabar utama, Lewis Hamilton setelah berjaya menjuarai Grand Prix Styria di Litar Red Bull Ring, Austria.

Pemandu Red Bull Racing itu menamatkan perlumbaan 71 pusingan tanpa dipintas walau satu pusingan untuk kemenangan kedua berturut-turut beliau selepas menjuarai Grand Prix Perancis minggu lalu.

Ketinggalan lebih 35 saat dibelakang adalah penyandang juara Lewis Hamilton yang gagal mencabar Verstappen tetapi berjaya merampas satu mata menerusi pusingan terpantas.

Tempat ketiga menjadi milik Valtteri Bottas yang diasak hebat oleh Sergio Perez yang akhirnya terpaksa berpuas hati di tangga keempat. Tempat kelima disandang Lando Norris dari McLaren.

Dua pemandu Ferrari Carlos Sainz dan Charles Leclerc mengakhiri perlumbaan di tangga keenam dan ketujuh walaupun berada jauh kebelakang pada suatu ketika.

Lance Stroll mempamerkan pemanduan cemerlang di tempat kelapan manakala Fernando Alonso kesembilan dan Yuki Tsunoda memberi satu mata kepada Alpha Tauri dengan penyudahan di tempat kesepuluh.

Red Bull Racing kini mendahului Mercedes 40 mata dalam senarai pengeluar dan persaingan bakal bersambung minggu hadapan dalam Grand Prix Austria di litar yang sama.

Senarai keseluruhan Pemandu selepas GP F1 Styria :

1. Max Verstappen – 156 mata

2. Lewis Hamilton – 138 mata

3. Sergio Perez – 96 mata

4. Lando Norris – 86 mata

5. Valtteri Bottas – 74 mata

6. Charles Leclerc – 58 mata

7. Carlos Sainz – 50 mata

8. Pierre Gasly – 37 mata

9. Daniel Ricciardo – 34 mata

10. Sebastian Vettel – 30 mata

Senarai keseluruhan Pengeluar selepas GP F1 Styria

1. Red Bull Racing – 252 mata

2. Mercedes – 212 mata

3. McLaren – 120 mata

4. Ferrari – 108 mata

5. Alpha Tauri – 46 mata

6. Aston Martin – 44 mata

7. Alpine – 31 mata

8. Alfa Romeo – 2 mata

9. Haas – 0 mata

10. Williams – 0 mata


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: