Permotoran

Moto2 GP Belanda: Hafizh Syahrin sekadar di tempat ke-23

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

PELUMBA  Moto2 negara Hafizh Syahrin sekadar menamatkan perlumbaan di tangga ke-23 dalam perlumbaan Grand Prix Belanda yang berlangsung di Litar TT Assen.

Hafizh yang bermula di tangga terakhir gagal menunjukkan tunggangan hebat ketinggalan 38 saat di belakang pemenang dan sekali lagi menamatkan perlumbaan tanpa sebarang mata.

Perlumbaan ini dimenangi oleh pelumba Red Bull KTM Ajo, Raul Fernandez yang mengatasi rakan sepasukan dan juga pendahulu keseluruhan dari Australia Remy Gardner.

Dengan keputusan ini, Hafizh Syahrin kekal di tangga ke-24 keseluruhan dengan lapan mata. Kejuaraan akan berehat untuk cuti musim panas sebelum bersambung dengan Grand Prix Styria di Austria pada 8 Ogos nanti.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: