Permotoran

F1: Verstappen garang aksi pusingan kelayakan di Styria

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh: JJFIRDAUS

PELUMBA pasukan Red Bull Racing, Max Verstappen mencatatkan masa terpantas ketika sesi kelayakan untuk memulakan perlumbaan di grid pertama esok pada perlumbaan Grand Prix Styria di Litar Red Bull Ring.

Verstappen mencatat masa terpantas 1 minit 03.841 saat untuk memberi kelebihan kepada pasukan tuan rumah ini dan juga berpeluang menjarakkan mata keseluruhan keatas pencabar terdekat Lewis Hamilton yang hanya layak di petak ketiga.

Namun Hamilton bakal memulakan perlumbaan di tangga kedua apabila rakan sepasukan, Valtteri Bottas yang berjaya layak di grid kedua menerima tiga grid penalti akibat kesilapan ketika hentian pit di sesi latihan bebas pada Jumaat dan hanya akan bermula di petak kelima.

Lando Norris di tangga keempat dengan Sergio Perez kelima, Pierre Gasly keenam, Charles Leclerc ketujuh. Tempat kelapan menjadi milik Yuki Tsunoda, manakala Fernando Alonso kesembilan dan Lance Stroll melengkapkan grid ditangga kesepuluh.

George Russell, Carlos Sainz, Daniel Ricciardo, Sebastian Vettel dan Antonio Giovinazzi pula gagal layak ke pusingan kelayakan ketiga apabila sekadar mencatatkan masa ke-11 hingga ke-16 untuk grid perlumbaan esok.

Sesi kelayakan pertama pula menyaksikan pelumba Williams, Nicolas Latifi, pemandu Alpine, Esteban Ocon, Kimi Raikkonen yang memandu jentera Alfa Romeo dan dua pelumba Haas tersingkir apabila mencatatkan masa ke-16 hingga ke-20 terpantas.

Dapatkah Verstappen menjarakkan lagi jumlah mata keseluruhan keatas Hamilton, saksikan Grand Prix Styria esok jam 9 malam waktu Malaysia.

Keputusan Sesi Kelayakan Grand Prix F1 Styria: 

1. Max Verstappen – Red Bull

2. Valtteri Bottas* – Mercedes

3. Lewis Hamilton – Mercedes

4. Lando Norris – McLaren

5. Sergio Perez – Red Bull

6. Pierre Gasly – Alpha Tauri

7. Charles Leclerc – Ferrari

8. Yuki Tsunoda – Alpha Tauri

9. Fernando Alonso – Alpine

10. Lance Stroll – Aston Martin

11. George Russell – Williams

12. Carlos Sainz – Ferrari

13. Daniel Ricciardo – McLaren

14. Sebastian Vettel – Aston Martin

15. Antonio Giovinazzi – Alfa Romeo

16. Nicolas Latifi – Williams

17. Esteban Ocon – Alpine

18. Kimi Raikkonen – Alfa Romeo

19. Mick Schumacher – Haas

20. Nikita Mazepin – Haas


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: