EURO 2020

Austria hampir kejutkan Itali


Image

ITALI terpaksa menunggu sehingga tambahan masa 120 minit untuk menyingkirkan cabaran lawan liat, Austria 2-1 pada aksi Pusingan 16 EURO 2020 di Wembley sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan Azzurri mara ke suku akhir di Munich dan melebarkan rekod 31 perlawanan tanpa kalah sejak 2018.

Austria membuka tirai jaringan tetapi tandukan Arnautovic pada minit ke-66 dibatalkan kerana berada dalam keadaan ofsaid berdasarkan video bantuan pengadil (VAR)

Kedua-dua pasukan menggandakan serangan masing-masing, namun kedudukan 0-0 kekal sehingga 90 minit perlawanan sekali gus aksi berlanjutan pada masa tambahan.

Pemain gantian, Federico Chiesa memecah kebuntuan pada minit ke-96 disusuli gol kedua oleh Matteo Pessina (105).

Austria cuba bangkit menerusi tandukan Sasa Kalajdzic pada minit ke-114 namun sudah terlewat daripada menghalang Itali mara ke suku akhir.


Add Comment

Click here to post a comment