EURO 2020

Detik istimewa buat saya


Kasper Dolberg

PENYERANG muda Denmark, Kasper Dolberg menyifatkan kejayaan membantu pasukan melangkah ke pusingan suku akhir Euro 2020 adalah detik istimewa yang sentiasa diimpikannya.

Meledak dua gol membantu kemenangan Denmark ke atas Wales, 4-0 awal pagi tadi, Dolberg yang sebelum  ini tidak diturunkan untuk sebarang perlawanan Denmark di peringkat kumpulan namun disenaraikan dalam kesebelasan utama Kasper Hjulmand.

Ternyata aksi menyakinkan pemain ini tidak mengecewakan terutamanya jaringan pertama buat pasukan melalui rembatan menarik dari luar kotak penalti.

“Kami mengimpikan perkara ini dan pada akhirnya kami juga yakin boleh sampai di sini.

“Saya merasakan bahawa saya menyumbang sesuatu yang hebat hari ini dan berjalan di sekitar bandar dan kemudian ke stadium, ia terasa seperti sangat istimewa bagi saya,”jelas Dolberg.

Hjulmand (kanan) mengakui Dolberg memberikan impak besar buat pasukan.

Sementara itu pengendali Denmark, Kasper Hjulmand mengagumi persembahan yang dipamerkan Dolberg terutamanya apabila dia hanya diletakkan di bangku simpanan pada peringkat kumpulan.

“Jarang diturunkan beraksi namun persembahan kali ini begitu mengujakan, namun pada seisi latihan dia mempamerkan kualiti dan kesungguhan, ternyata percaturan kali ini memberikan impak buat dirinya serta pasukan,” tegasnya.

Pada aksi yang berlangsung di Johan Cruijff ArenA – Amsterdam awal padi tadi, Denmark mengesahkan kemaraan ke pentas Suku Akhir Euro 2020 selepas menewaskan Wales, 4-0 .

Satu gol pada setiap babak dijaringkan Kasper Dolberg dan satu melalui Joakim Maehle dipenghujung babak kedua serta Martin Braithwaite pada masa kecederaan sudah cukup buat skuad bimbingan Kasper Hjulmand melakar kemenangan ketujuh selepas 11 perlawanan keatas Wales.

Denmark dijangka menanti pemenang diantara Belanda dan Republik Czech yang bakal membuat perhitungan pada malam awal pagi esok di Puskás Aréna – Budapest.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: