EURO 2020

Denmark mudah benam Wales

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Barisan pemain Denmark meraikan kejayaan mara ke pentas suku akhir Euro 2020.

DENMARK mengesahkan kemaraan ke pentas Suku Akhir Euro 2020 selepas menewaskan Wales, 4-0 pada aksi kalah mati di Johan Cruijff ArenA – Amsterdam, sebentar tadi.

Satu gol pada setiap babak dijaringkan Kasper Dolberg dan satu melalui Joakim Maehle dipenghujung babak kedua serta Martin Braithwaite pada masa kecederaan sudah cukup buat skuad bimbingan Kasper Hjulmand melakar kemenangan ketujuh selepas 11 perlawanan keatas Wales.

Wales yang turun dengan jentera serangan diketuai Gareth Bale dan Aron Ramsey dilihat mengancam pada 10 minit babak pertama melalui larian pantas dan serangan bahagian sayap.

Benteng Denmark mempamerkan ketenangan dan fokus yang ketara apabila berjaya mengekang asakan pemain Wales yang dilihat mendominasi bahagian tengah namun gagal memecahkan benteng lawan.

Dolberg meledak dua gol membantu kemenangan Denmark mengatasi Wales, 4-0.

Gol perlawanan yang dinantikan akhirnya menjelma dan ia menjadi milik Denmark apabila penyerang muda, Kasper Dolberg menjaringkan gol pada minit ke 28 sebelum kedua pasukan menuju ke bilik persalinan dengan kelebihan milik Denmark 1-0 mengatasi Wales.

Memasuki babak kedua, Dolberg tidak menunggu lama untuk mencetak gol kedua peribadi dan pasukan selepas memanfaatkan situasi kelam kabut depan gawang Wales untuk merembat bola masuk ke gawang pada minit ke 48 menewaskan penjaga gawang Wales, Danny Ward buat kali kedua.

Denmark semakin selesa didepan apabila pertahanan dari kelab Atalanta, Maehle melebarkan jurang dengan gol ketiga pada minit ke 88 sebelum Braithwaite melengkapkan malam gemilang pasukan dengan gol keempat pasukan untuk kemenangan mutlak.

Denmark dijangka menanti pemenang diantara Belanda dan Republik Czech yang bakal membuat perhitungan pada malam awal pagi esok di Puskás Aréna – Budapest.

Braithwaite meledak gol keempat pasukan memastikan kemenangan mutlak pada masa kecederaan separuh masa kedua.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: