EURO 2020

Tiada aksi berlutut Itali dan Austria


Italy midfielder Manuel Locatelli celebrates scoring against Switzerland at Euro 2020 on June 16, 2021
Terdapat pemain Itali yang tidak berlutut sebelum sepak mula EURO 2020.

PERTEMBUNGAN saingan Pusingan 16 EURO 2020 antara Itali dengan Austria awal pagi esok di Wembley dilaporkan tidak akan dimulakan dengan aksi berlutut.

Menurut laporan dari ANSA dan Sky Italia, Itali dan Austria bersepakat tidak akan melakukannya sebelum perlawanan sepak mula.

Sementara itu, pemain pertahanan veteran Itali, Leonardo Bonucci, akan memastikan bahawa pasukannya hanya akan melakukan aksi berlutut sebagai gerakan menyokong “Black Lives Matter” untuk menghormati lawan.

“Sepanjang kejohanan ini, sekiranya pasukan lawan ingin melakukan aksi simbolik ini, skuad Itali akan bergabung untuk menjunjung solidariti dan kepekaan.

“Walaubagaimanapun, kami tetap mempertahankan keyakinan bahawa rasialisme harus diperangi dengan cara yang berbeza,” kata Bonucci dalam sidang media sebelum perlawanan.

Sebelum ini, pada aksi terakhir peringkat kumpulan, Itali dikritik kerana skuad bimbingan Roberto Mancini itu tidak semua melakukan aksi berlutut sebelum sepak mula.

Ketika semua pemain Wales berlutut, tidak semua pemain Itali melakukan reaksi yang sama. Kelihatan hanya Emerson Palmieri, Andrea Belotti, Rafael Toloi, Matteo Pessina dan Federico Bernardeschi yang berlutut.

Kesudahannya, Persekutuan Bola Sepak Itali  (FIGC) serta-merta mengeluarkan pendirian rasmi minggu lalu.

“Atas nama pasukan, kami menegaskan kembali bahawa kami menentang segala bentuk rasisme.

“Kami membincangkannya dan jelas kami semua ingin menegaskan kembali posisi ini. Mengikuti atau tidak satu bentuk protes, yang  secara simbolik pada saat itu, tidak bermaksud mengabaikan perjuangan melawan rasisme,” kata pengarah media dan komunikasi FIGC, Paolo Corbi.

Di Itali, aksi berlutut memang hanya berlangsung seminggu pada musim 2020/21. Manakala di England, Wales, dan beberapa negara lain gerakan tersebut terus menjadi upacara rutin sebelum pertandingan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading