Bola Sepak

ACL: Mora mahu kekal dengan corak permainan sendiri


Mora mengakui Pohang Steelers sebuah pasukan yang mantap. Foto: JDT

Oleh: JJFIRDAUS

JURULATIH Johor Darul Ta’zim (JDT) mahu para pemain mengekalkan penguasaan bola ketika bertemu wakil Korea Selatan, Pohang Steelers pada perlawanan ketiga peringkat Kumpulan G Liga Juara-Juara AFC (ACL) pada Isnin.

Bercakap kepada media pada sidang media pra perlawananpada Ahad , Mora jelas gembira dengan kemenangan ke atas Ratchaburi FC dan mengatakan pemain juga berada dalam terbaik dari segi fizikal dan mental.

“Kami gembira kerana berjaya bersaing dalam Liga Juara-Juara AFC berhadapan kelab-kelab yang bagus. Kami akan tetap bermain dengan cara kami iaitu mengekalkan penguasaan bola dan menyerang,” jelasnya.

Ditanya mengenai kegagalan menyempurnakan banyak peluang yang terhidang pada perlawanan lalu, Mora tidak bimbang sebaliknya merasakan pasukannya kini sudah mampu bersaing di peringkat Asia.

Dalam pada itu, Mora menganggap Pohang Steelers sebagai pasukan yang mantap, Mora juga sudah mengenalpasti beberapa kelemahan yang ada pada skuad Harimau Selatan dan akan memperbaikinya untuk perlawanan esok.

Farizal gembira masih mengekalkan ‘clean sheet’ pada aksi ACL setakat ini. Foto: JDT

Selain itu, apten pasukan, Farizal Marlias pula gembira kerana berjaya mencatatkan ‘clean sheet’ pertama di ACL dan yakin rakan sepasukan sudah bersedia secukupnya untuk berhadapan dengan Pohang.

JDT akan bertemu Pohang Steelers  jam 10 malam (Isnin) waktu Malaysia dan misi kemenangan bagi menjarakkan mata antara kedua-dua pasukan dalam kumpulan.

Pasukan Harimau Selatan kini mengutip tiga mata hasil daripada dua perlawanan yang menyaksikan mereka menduduki tangga kedua kumpulan, di belakang Nagoya.

Manakala Pohang Steelers berada di tempat ketiga, juga mengumpul tiga mata dan tercorot kumpulan pasukan wakil Thailand Ratchaburi FC.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading