Bola Sepak

Sokongan, cinta, kebencian matangkan Liridon


PEMAIN naturalisasi negara, Liridon Krasniqi mengucapkan terima kasih selepas diberi peluang untuk mewakili skuad Harimau Malaya.

Bekas tonggak utama Kedah dan Melaka ini menyifatkan dirinya akan bertambah kuat selepas tampil aksi kurang meyakinkan semasa kempen kelayakan Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023di Dubai, baru-baru ini.

“Ini adalah impian lama saya sejak datang ke sini dan saya sangat bersyukur dapat melangkah ke padang bersama rakan sepasukan.

“Sayangnya hasilnya tidak datang, tetapi saya percaya kumpulan pemain dan pengurusan ini membawa kita lebih jauh. Saya tidak sabar untuk melihat apa masa depan,” katanya di media sosial Facebook.

Liridon akui segala bentuk sokongan, cinta dan kebencian terhadapnya menjadikan dirinya bertambah kuat.

“Lebih banyak lagi (kejayaan) selepas ini yang akan datang. Insyaallah. Terima kasih semua,” ujarnya.

Dia sebelum ini dikritik hebat berikutan tidak mencapai tahap antarabangsa yang diharapkan bersama pasukan Malaysia.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: