Bola Sepak

TMJ tetap ‘cool’ prestasi hambar Safawi, “Kami kena ‘repair’ dia”

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

NAMA Safawi Rasid terus menjadi bualan selepas aksi hambar di Dubai pada saingan Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 baru-baru ini.

Terbaharu, penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) ini turut dikritik oleh penyokong-penyokong Harimau Selatan yang tidak berpuas hati dengan aksi Safawi pada saingan Liga Juara-Juara (ACL) sedang berlangsung di Thailand.

Malah ada juga yang mencadangkan Safawi berpindah ke pasukan JDT II.

Namun pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil tenang mendedahkan kenapa Safawi ‘down’ dan memahami situasi yang dialami penyerangnya itu.

Tunku Ismail membalas komen di Instagram ekorharimaumalaya yang menganggap persembahan Safawi kini kurang memberangsangkan.

Lepas pulang daripada Portugal, dia score goals . First game sumbangsih dah score. Selepas tu dia injured . Return from injury score lagi. Belum 100 peratus recover, coach ambik for Harimau Malaya. Low intensity training.

“Sampai sekarang down. Now  kami kena repair dia macam kami kena repair setiap pemain National call up yang training macam pergi holiday,” tulis Tunku Ismail.

Biarpun dikritik tampil dengan prestasi hambar, penyerang dari Dungun, Terengganu itu merupakan ‘penyelamat’ bagi pasukan kebangsaan dengan menjaringkan gol tunggal menerusi sepakan penalti perlawanan ketika menentang Thailand di Dubai minggu lalu.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: