Bola Sepak

3 pemain Malaysia tersenarai dalam ‘FIFA Century Club’


 

BOLA sepak Malaysia terus harum walaupun pemain yang memerah keringat telah pun tiada.

Tiga bekas pemain negara merakam pencapaian membanggakan apabila tersenarai dalam ‘FIFA Century Club‘ oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Semakan pada laman resources.fifa.com pada 4 Mei 2021 menjumpai, tiga pemain dimaksudkan adalah Datuk Shukor Salleh, Datuk Mokhtar Dahari dan juga Datuk R Arumugam.

Shukor muncul pemain terbanyak meraih penampilan bersama skuad Harimau Malaya, iaitu sebanyak 163 penampilan bermula dari 1970 hingga 1981.

Tempat kedua pula dipegang oleh Mokhtar dengan 138 penampilan bermula pada 7 Jun 1972 ketika berdepan Sri Lanka, manakala Arumugam tampil sebanyak 131 kali – penampilan pertama pada 17 Mei 1973.

FIFA Century Club merupakan satu senarai pemain-pemain setiap negara yang telah berjaya mencapai sekurang-kurangnya 100 penampilan antarabangsa bersama skuad kebangsaan.

 


Add Comment

Click here to post a comment