Bola Sepak

ACL: Mora terima hadiah hari lahir penuh bermakna


 

Foto: JDT

Oleh: JJFIRDAUS

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT) mengakui kemenangan ke atas Ratchaburi FC pada  perlawanan kedua Liga Juara-Juara AFC (ACL) pada Jumaat malam begitu bermakna buatnya.

Ini tiga mata yang dikutip pada aksi tersebut merupakan hadiah hari lahirnya yang ke-42 tahun  daripada pemain-pemainnya.

Skuad Harimau Selatan ini berjaya mengatasi kelab tuan rumah ini dengan keputusan 1-0 sekaligus memberi kelegaan kepada Mora selepas prestasi baik yang ditunjukkan oleh pemain-pemainnya walaupun beberapa kali mensia-siakan peluang keemasan.

“Ini adalah corak permainan kami di kejohanan domestik. Kami suka menyerang dan kami selesa memegang bola serta mengawal tempo permainan.

“Ketika waktu rehat separuh masa, saya memberitahu kepada para pemain bahawa harus percaya kemenangan akan menjadi milik mereka dan kita tidak boleh melepaskan peluang ini.

“Ratchaburi adalah pasukan yang baik tetapi mereka dilihat gugup kerana ini adalah penampilan pertama mereka di ACL dan saya mungkin akan membuat beberapa perubahan untuk bertemu Pohang Steelers selepas ini,” jelas Mora ketika sidang media selepas perlawanan di Stadium Rajamangala, Bangkok.

 

Dalam pada itu, Leandro Velazquez yang dipilih sebagai ‘Pemain Terbaik Perlawanan’ mengakui gembira kerana jaringan itu berjaya memberi tiga mata kepada JDT dan mahu terus menyumbangkan gol buat pasukannya.

Untuk rekod, JDT kini muncul sebagai pasukan pertama Malaysia yang berjaya memenangi perlawanan di pentas ACL buat tiga musim berturut-turut.

Pada tahun 2019, JDT berjaya menewaskan Kashima Antlers manakala tahun lalu mereka  membenam cabaran dari kelab Korea Selatan, Suwon Bluewings.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading