Bola Sepak

ACL: Gol tunggal Leandro beri kemenangan buat JDT


JDT berjaya mencatat kemenangan ke atas Ratchaburi FC. Foto: JDT

 

Oleh: JJFIRDAUS

PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mengutip tiga mata penuh dalam saingan Kumpulan G Liga Juara-Juara AFC selepas menewaskan Ratchaburi FC 1-0 di Stadium Rajamangala, Bangkok.

Gol JDT dijaringkan oleh Leandro Velazquez pada minit ke-47 dengan Harimau Selatan berjaya mengawal keseluruhan perlawanan tetapi gagal memanfaatkan beberapa peluang keemasan.

Peluang awal JDT hadir pada minit ke-19 apabila rembatan Bergson menggegar gawang Ratchaburi ketika penjaga gol sudah tertewas.

Bergson sekali lagi gagal meletakkan JDT dihadapan apabila gagal menyempurnakan sepakan penalti apabila rembatan lemahnya berjaya ditangkap penjaga gol.

Bermula babak kedua, JDT berjaya memecah kebuntuan apabila keadaan kelam kabut di hadapan gawang berjaya dicuri oleh Leandro yang berpusing dan merembat ke penjuru gawang Ratchaburi FC.

Peluang demi peluang terhidang tetapi gagal disudahkan dengan baik. Ramadan Saifullah menyaksikan percubaan beliau dihalang penjaga gol manakala percubaan minit akhir Safawi hanya singgah di tiang gol.

Dengan kemenangan ini JDT kini mengumpul tiga mata dan kini menduduki tangga kedua di belakang pendahulu Nagoya Grampus. JDT bakal bertemu Pohang Steelers pada Isnin, 28 Jun ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading