Bola Sepak

Tuntutan saman Hyeo-Seok: Pafa akan bincang dengan FAM


PERSATUAN Bolasepak Perak (Pafa) akan berbincang dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung tuntutan saman RM500,000 yang dikemukakan pemain dari Korea Selatan Jeon Hyo-Seok.

Pemangku Presiden Pafa, Datuk Mohammad Yadzan Mohamad berkata, perbincangan itu akan melibatkan aspek perundangan termasuk dokumentasi yang membabitkan Hyo-Seok.

“Kita akan minta khidmat nasihat daripada FAM dalam masa terdekat ini tentang langkah perundangan dan sebagainya,” katanya kepada Bernama.

Sebelum ini dalam satu laporan media tempatan, Hyo-Seok yang menjalani sesi ujian bersama Perak pada Disember 2019 telah menuntut saman berkenaan melalui Fifa dalam sepucuk surat bertarikh 18 Jun lalu dan surat tuntutan tersebut telah diterima Pafa baru-baru ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: