Bola Sepak

JDT kenalpasti kekuatan Ratchaburi


Farizal memaklumkan dia dan rakan sepasukan kini sudah bersedia untuk aksi kedua malam ini.

PERTEMBUNGAN Kumpulan G saingan AFC Champions League (ACL) 2021 diantara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Ratchaburi malam ini pastinya menarik dengan kedua-dua pasukan memburu kemenangan pertama.

JDT merupakan wakil dari Malaysia manakala Ratchaburi (Thailand) yang tewas pada aksi pertama pada lawan masing-masing pastinya mahukan kemenangan untuk memperbaiki kedudukan dalam kumpulan.

Bagi benteng terakhir Harimau Selatan, Farizal Marlias dia menganggap lawan yang bakal ditentang malam ini memiliki kelebihan dari segi teknikal dan kelajuan.

“Kami mempunyai maklumat mengenai pasukan lawan. Mereka adalah pasukan yang bagus dari segi teknikal dan juga laju. Saya harap kita dapat melakukan yang terbaik pada perlawanan ini.

“Apa yang penting adalah persiapan kami, di dalam dan luar padang juga dari segi fizikal dan mental. Saya harap pemain dapat memberikan 100 peratus dan meraih keputusan positif,” jelasnya pada sidang media, semalam.

JDT yang tipis 01- kepada kelab Jepun, Nagoya Grampus pada perlawanan pertama Selasa lalu memiliki peluang untuk meraih mata jika dilihatkan prestasi dipamerkan anak didik Benjamin Mora pada perlawanan pertama sebelum ini.

Bagi Ratchaburi pula mengalami kekalahan pada perlawanan pertama dengan keputusan 2-0 di tangan kelab Korea Selatan, Pohang Steelers.

Kedudukan semasa setiap pasukan dalam Kumpulan G .

Add Comment

Click here to post a comment