
SABAH FC memanfaatkan sepenuhnya tempah rehat saingan Liga Malaysia untuk membentuk keserasian lebih jitu terutamanya dengan kehadiran pemain baharu yang pastinya mampu memberikan kelainan.
The Rhinos kini menjalani latihan secara Camp Based Training di Padang Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) sejak 7 Jun lalu dengan penyertaan pemain import baharu, Josip Ivancic dan Nazirul Naim yang dipinjamkan dari Perak FC.
Pengendali Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto berkata, peluang ini dimanfaatkan sepenuhnya Sabah FC lebih-lebih lagi dengan kehadiran pemain import baharu, Josip Ivancic .
“Ivancic sempat beraksi ketika bertemu Kedah Darul Aman FC di Stadium Likas sebelum liga berhenti rehat manakala Nazirul pula dipinjamkan dari Perak FC semasa jendela perpindahan dibuka Mei lalu, “ jelasnya katanya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan.
Pada perkembangan sama, Kurniawan memaklumkan, barisan pemain dan pengurusan kini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Ketua Jurulatihnya, Kurniawan Dwi Yulianto menyifatkan suntikan vaksinasi penting untuk semua pasukan bagi memastikan kesihatan serta keselamatan mereka sentiasa terjamin sekali gus melancarkan perjalanan dalam saingan Liga Malaysia 2021.
Katanya, semua mereka mendapat dos pertama vaksin jenis Pfizer BioNtech pada 2 Jun lalu dan Rabu lalu bagi suntikan vaksinasi dos kedua di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Hotel Pacific Sutera, Kota Kinabalu.
“Vaksin ini penting untuk memastikan imuniti kelompok dapat diwujudkan untuk mengawal pandemik serta melindungi masyarakat daripada penularan pandemik COVID-19 sekali gus dapat melancarkan lagi saingan Liga Malaysia dengan kehadiran pasukan serta penyokong ke stadium,” tegasnya.





Add Comment