Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia Wanita 2022: Malaysia diundi bersama Thailand dan Palestin

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

SKUAD bola sepak wanita negara bakal berdepan dengan cabaran pasukan Thailand dan Palestin bagi saingan Kumpulan H Kelayakan Piala Asia Wanita 2022 India.

Aksi Kelayakan Piala Asia Wanita 2022 dijangka berlangsung pada 13-15 September ini di beberapa buah negara yang terpilih sebagai tuan rumah.

Manakala saingan akhir berlangsung pada 20 Januari hingga 6 Februari 2022 di India.

Pada majlis undian kelayakan kumpulan yang diadakan di Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), di Bukit Jalil pada Khamis menyaksikan sebanyak 28 pasukan diundi dalam empat kumpulan yang mempunyai empat pasukan, manakala empat kumpulan lagi diwakili tiga pasukan.

Juara bertahan 2018, Jepun dan naib juara Australia serta tempat ketiga China dan India yang bertindak sebagai hos telah layak ke pusingan akhir Januari depan.

 

Kumpulan A bersama juara tiga kali Taiwan, Bahrain, Turkmenistan dan Laos manakala Kumpulan B pula menyaksikan Vietnam, Tajikistan, Maldives dan Afganistan.

Kumpulan C diwakili juara tiga kali Korea Selatan, Singapura, Iraq dan Indonesia manakala Myanmar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Guam dan Lebonan berada dalam Kumpulan D.

Bagi Kumpulan E, naib juara 2002 Korea Utara bersama Uzbekistan, dan Mangolia mananaka Kumpulan F diwakili Filipina, Hong Kong dan Nepal.

Tuan rumah 2018 Jordan bersama Iran dan Bangladesh bagi mengisi Kumpuan G.

Kumpulan Kelayakan Piala Asia Wanita 2022

Kump A: Taiwan (H), Bahrain, Turkmenistan, Laos.

Kump B: Vietnam, Tajikistan (H), Maldives, Afghanistan.

Kump C: DPR Korea, Singapura, Iraq, Indonesia (H).

Kump D: Myanmar (H), United Arab Emirates, Guam, Lebanon.

Kump E: Korea Republic, Uzbekistan (H), Mongolia.

Kump F: Filipina, Hong Kong, Nepal (H).

Kump G: Jordan, Islamic Republic of Iran, Bangladesh (H).

Kump H: Thailand, Palestin, Malaysia.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: