
Oleh: JJFIRDAUS
KETUA Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Benjamin Mora yakin dengan kemampuan pasukannya dan ingin memastikan tiga mata penuh dibawa pulang apabila turun berhadapan wakil Thailand, Ratchaburi FC dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) pada Jumaat ini.
Bercakap kepada media pada sidang media pra perlawanan di Stadium Rajamangala, Bangkok Mora menyatakan bahawa JDT sentiasa turun ke padang dengan sasaran mahukan kemenangan dan dalam masa yang sama menghormati pihak lawan serta ingin membuktikan bahawa mereka bukanlah sekadar pelangkap kumpulan.
“Kesemua pemain berada dalam keadaan baik dan kita melakukan proses pemulihan awal dan akan mengadakan sesi latihan pada sebelah petang sebelum menentukan kesebelasan terbaik”, jelas Mora.
Mora optimis tiga mata bakal menjadi milik JDT jika mereka mengekalkan corak permainan dan disiplin yang ditunjukkan pada aksi perlawanan pembukaan kumpulan dua hari lalu.
SEE YOU TOMORROW! 🔥 #JDTForAll #AFCChampionsLeague pic.twitter.com/nUNH1cQzuc
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) June 24, 2021
Sementara itu kapten pasukan, Farizal Marlias menyatakan bahawa JDT mengenali corak permainan pantas dan teknikal pasukan Thailand tetapi penjaga gol itu yakin JDT juga mempunyai skuad yang pantas dengan teknikal yang baik dan mampu mengekang cabaran lawan.
JDT akan bertemu Ratchaburi FC dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan esok jam 10 malam waktu Malaysia dan kemenangan bakal melonjak skuad Harimau Selatan ke tangga yang lebih baik dalam Kumpulan G.
Pada aksi pertama Selasa lalu, JDT terpaksa akur dengan kekalahan tipis 0-1 kepada wakil kelab Jepun Nagoya Grampus.






Add Comment