Bola Sepak

Hikmah buat King Of Malaya

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Karsten Neitzel

PENGENDALI Selangor FC, Karsten Neitzel menyifatkan perbezaan latihan camp-based dengan sesi latihan sebelum ini tidaklah begitu ketara dan ianya satu hikmah buat anak didiknya mendapatkan corak permainan lebih baik untuk diri sendiri serta pasukan.

Jelasnya, barisan pemain dan kejurulatihan kini dikumpulkan di satu tempat dan dapat meluangkan lebih masa untuk bersama sebagai satu pasukan berbanding semasa mereka boleh balik ke rumah masing-masing.

“Kami (jurulatih) telah membuat jadual bagi menggunakan masa yang ada dengan sebaik mungkin. Antara masa yang digunakan adalah sesi video dan perbincangan secara individual bersama pemain-pemain.

“Ini membantu mereka bagi mengetahui apa yang mereka perlu perbaiki bagi mendapatkan corak permainan lebih baik untuk diri sendiri dan pasukan.

“Cabaran menjalani latihan ‘camp-based’ ini adalah untuk mengelakkan sebarang kecederaan darpada latihan-latihan intensif yang dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan. Ini penting untuk memastikan pemain-pemain cukup bersedia untuk perlawanan yang akan bermula pada bulan Julai nanti,” ujarnya dipetik menerusi laman rasmi Selangorfc.com.

Barisan pemain Selangor FC berkampung menjalani latihan menjelang sepak mula Liga Super menentang KL City FC, 24 Julai nanti.

Untuk rekod ketika ini, pemain dan pegawai Selangor FC berkampung di sebuah hotel berdekatan FAS Training Centre, Shah Alam demi menjalani latihan secara ‘camp-based’ sejak dua minggu lalu seperti garis panduan yang telah ditetapkan pihak MKN (Majlis Keselamatan Negara), MSN (Majlis Sukan Negara) dan MFL (Liga Bolasepak Malaysia).

Aksi pertama Selangor FC selepas berakhirnya tempoh rehat adalah menentang Kuala Lumpur City FC pada 24 Julai nanti.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: