
Oleh: JJFIRDAUS
JOHOR Darul Ta’zim (JDT) terus mengorak langkah memastikan fasiliti latihan antara fokus utama kelab yang terletak di selatan tanah air ini.
Terbaharu, JDT telah mendedahkan kepada umum reka bentuk dan pelan lantai Pusat Latihan Bersepadu mereka yang baharu di Iskandar Puteri.
Menerusi hantaran di laman sosial kelab, pembinaan pusat latihan yang terletak berhadapan dengan Stadium Sultan Ibrahim itu kini dalam proses awal pembinaan.
Setelah siap kelak, pusat latihan ini akan menjadi ‘one stop centre’ untuk kesemua pasukan JDT melakukan latihan dan pemulihan bermula dari akademi hingga ke pasukan utama.

Pusat latihan ini akan dilengkapi padang tertutup, beberapa padang terbuka, auditorium, pusat kecergasan, gimnasium dan pelbagai lagi kemudahan canggih yang sesuai dengan kehendak bola sepak moden.
Menjawab persoalan netizen tentang apa yang akan terjadi kepada pusat latihan di Padang Seri Gelam dan Padang Mawar, JDT mengesahkan bahawa ianya masih kekal menjadi milik JDT dan akan digunakan untuk tujuan komersial.
JDT yang sedang bersaingan dalam aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL) dilihat semakin kehadapan dari segi fasiliti dan sudah memikirkan cara untuk menjana pendapatan dari sewaan pusat latihan pada masa akan datang. Tahniah!





Add Comment