Bola Sepak

Piala AFC 2021: FAM tidak akan kemukakan permohonan rasmi jadi tuan rumah

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Stuart memaklumkan situasi semasa Covid-19 selain keputusan kerajaan antara faktor utama yang diberi perhatian FAM.

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) tidak akan mengemukakan permohonan untuk menjadi tuan rumah bagi saingan Zon Asean pada kejohanan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Keputusan ini diambil berdasarkan situasi semasa pandemik Covid-19 Malaysia ketika ini selain keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai kemasukkan dan pengendalian acara-acara sukan tempatan mahupun antarabangsa.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, agak sukar Malaysia ingin memberi jaminan untuk menjadi tuan rumah bagi kejohanan berkenaan melihatkan kepada pandemik Covid-19 ketika ini.

“AFC meletakkan keperluan yang tinggi untuk menjadi tuan rumah bagi kejohanan berkenaan.

“Keputusan yang diambil adalah realistik, Malaysia tidak boleh memohon untuk jadi tuan rumah disebabkan kita tak nak memohon dan tunaikan janji-janji kepada AFC.

“Seandainya Malaysia memohon dan diberikan hak namun gagal menunaikan tanggungjawab berkenaan ia akan memberikan kesan kepada Malaysia dan juga AFC,” jelasnya ketika dihubungi CAKAPSUKAN.

Pada masa sama, Stuart turut memaklumkan status dua kumpulan ini juga berada dalam senarai negara yang menunjukkan peningkatan kes Covid-19.

“Pasukan yang bertanding ini juga dari negara-negara Zon Merah bagi Covid-19 termasuklah Malaysia begitu juga kesukaran untuk mereka hadir dan pulang ke negara masing-masing selepas berakhirnya kejohanan,” ujarnya.

Semalam Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) memaklumkan status kejohanan Piala AFC 2021 sama ada diteruskan mahupun dibatalkan penganjurannya akan ditentukan dalam tempoh sekurang-kurangnya dua minggu lagi.

Ini berikutan belum ada negara yang bersedia menawarkan diri secara rasmi selepas Singapura yang sepatutnya menjadi tuan rumah bagi saingan Zon Asean telah mengemukakan permohonan rasmi menarik diri.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima permohonan rasmi dari mana-mana negara yang bersedia menjadi tuan rumah bagi kejohanan berkenaan.

“Memang ada desas-desus Indonesia bersedia menganjurkan kejohanan itu namun sehingga kini, AFC belum menerima permohonan rasmi berkaitan perkara berkenaan.

Untuk rekod, mengikut jadual KDA FC dan Terengganu FC yang diletakkan dalam saingan Kumpulan H dan I sepatutnya beraksi di Singapura bermula 2 Julai ini namun Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) telah menarik diri menjadi tuan rumah.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: