Bola Sepak

Safawi sedia buktikan kemampuan di pentas ACL

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Safawi tekad membuktikan kemampuan JDT bersaing dengan pasukan terbaik lain di Asia.

PENYERANG Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid meletakkan sasaran membawa pasukan melangkah lebih jauh dalam saingan AFC Champions League (ACL) apabila memulakan kempen Kumpulan G menentang Nagoya Grampus malam ini.

Beraksi kali ketiga berturut-turut dalam saingan ACL, Safawi dan rakan-rakan kini bersedia membuktikan kemampuan JDT bersaing dengan pasukan terbaik lain di Asia.

“Saya sangat gembira dapat kembali ke pentas ACL, setelah apa yang berlaku tahun lalu, kami benar-benar bersemangat untuk membuktikan bahawa JDT dapat terus bersaing dengan pasukan terbaik di Asia.

“Setelah bermain di tahap ini selama dua atau tiga tahun sekarang, kami menetapkan sasaran untuk layak ke peringkat seterusnya.

“Sekurang-kurangnya kami ingin mencapainya kerana ini akan menunjukkan peningkatan berterusan kelab kami di tahap ini,” ujarnya kepada the-AFC.com.

Safawi dan rakan-rakan kini bersemangat memburu kejayaan pada aksi pertama malam ini.

Selain aksi antara JDT menentang Nagoya, dua lagi pasukan dalam kumpulan G iaitu Ratchaburi dan Pohang Steelers juga turun beraksi pada hari ini.

Keempat-empat pasukan di atas berkampung di Thailand sepanjang perlawanan peringkat kumpulan berlangsung.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: