Lain-Lain

Pembatalan dan penundaan Sukan Para Asean Hanoi jejas persiapan atlet

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Megat D Shahriman (tengah) bersama sebahagian pemandu teksi yang menerima bantuan.KEPUTUSAN pembatalan atau penundaan Sukan Para Asean di Hanoi dari 17 hingga 23 Disember nanti akan menjejaskan  persiapan atlet paralimpik pada dua kejohanan besar pada 2022.

Kejohanan berkenaan adalah Sukan Paralimpik Asia 2022 di Hangzhou China dan Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berharap temasya Sukan Para Asean Disember depan tidak ditunda atau dibatalkan.

“Persiapan atlet paralimpik pasti terkesan sekiranya temasya itu ditangguh ke tahun hadapan. Belum ada kata putus sama ada temasya Hanoi 2021 ditunda atau dibatalkan, tetapi MPM sudah menghantar surat untuk menyatakan sokongan supaya ia diteruskan.

“Lagipun, jika dibatalkan bermakna dua kali berturut-turut temasya itu dibatalkan selepas Manila 2019 yang ditunda turut dibatalkan.

“Sekiranya ia ditunda ke tahun depan, maka kita perlu membuat keutamaan untuk memilih kejohanan mana untuk disertai,” katanya pada program bantuan dan pemberian minyak percuma kepada pemandu teksi di Alor Setar.

Beliau yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Usahawan Negara berkata , bagi memastikan temasya itu dapat dilangsungkan, MPM bersedia membantu penganjur dalam membuat persiapan terutama dari segi khidmat nasihat dan teknikal.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: