Lain-Lain

Berita baik buat pemain industri sukan


Reezal memberi bayangan pengumuman positif bakal diterima pemain industri sukan.

BERITA gembira bakal diterima pemain industri sukan dalam masa terdekat selepas cadangan dikemukakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kepada Kementerian Kewangan diterima baik.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata dia membaca setiap komen, pandangan, keresahan dan kesulitan yang dihadapi oleh rakan-rakan industri sukan di semua platform media sosial saya.

“Saya meneliti satu persatu  satu persatu komen yang dinyatakan dan usaha yang dilakukan sebahagian daripada engagement berterusan yang dilakukan KBS bersama pihak Perbendaharaan dalam melihat pendekatan yang boleh membantu rakan-rakan industri sukan.

“Beberapa cadangan bersifat intervensi dan rehabilitasi industri sukan telah dikemukakan disesuaikan dengan garis masa Pelan Pemulihan Negara yang akan dilaksanakan mengikut fasa-fasa yang ditetapkan seperti mana pengumuman Perdana Menteri.

“Alhamdulillah, pihak Perbendaharaan menerima dengan baik cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh KBS.

“Insya Allah, saya akan kongsikan pengumuman berkaitan tidak lama lagi. Ia diharap dapat mengurangkan sedikit beban serta memberi kelegaan terhadap kesulitan sedang ditanggung oleh pemain industry,” jelasnya.

Beliau berkata selepas mengadakan perbincangan secara maya bersama Menteri Kewangan,Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam usaha membantu para pemain industri sukan.

“Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan pemain industri yang terus-menerus memberi pandangan konstruktif di samping turut memahami situasi semasa kawalan penularan Covid-19 yang sedang kita laksanakan.

“Sebagaimana hasrat semua untuk melihat industri sukan kita revive, begitulah juga hasrat saya,” jelasnya.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading