
STADIUM Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang sebelum ini menjadi lokasi pilihan untuk aksi final bola sepak kembali menjadi tumpuan apabila menjadi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bermula hari ini.
Setelah hampir dua tahun sepi tanpa sebarang perlawanan bola sepak peringkat antarabangsa, stadium tersebut kini dihidupkan semula sebagai PPV berskala besar untuk membolehkan lebih ramai rakyat khususnya di sekitar Lembah Klang divaksin, dengan tumpuan kepada rakyat yang berusia 40 tahun ke bawah.
Stadium berkenaan yang merupakan venue bagi skuad Harimau Malaya mampu menerima kapasiti sehingga 10,000 dos sehari.
“Seluruh trek balapan stadium ini telah bertukar wajah menjadi ruang untuk urusan vaksinasi selaras dengan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri.
“Ini merupakan sebahagian usaha Kementerian Belia dan Sukan menjayakan inisiatif yang diterajui oleh Khairy Jamaluddin dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Kesihatan (KKM) dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan melalui penggunaan fasiliti secara optimum.
“Insya-Allah, dengan ikhtiar ini kita akan dapat meningkatkan kadar vaksinasi dalam kalangan rakyat dengan lebih cepat lagi,” katanya menerusi kenyataan dalam Facebook rasmi baru-baru ini.

Seramai 60 sukarelawan MYVAC di bawah kelolaan KBS akan berkhidmat di situ dan jumlah itu akan ditambah mengikut keperluan.
Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai untuk segera mendaftar dan sentiasa menyemak status janji temu mereka melalui aplikasi MySejahtera.
Add Comment