Lain-Lain

Qabil Ambak belum mengalah… mahu fokus Sukan Olimpik 2024

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

JAGUH ekuestrian negara, Mohd Qabil Ambak Mahamad Fathil masih belum mengalah selepas gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik, Tokyo Julai ini.

Malah atlet berusia 41 tahun ini mahu memberi fokus kepada Sukan Olimpik Paris 2024.

“Sekiranya saya mendapat sokongan kewangan yang kukuh, InsyaAllah  kita akan cuba sekali lagi di Paris 2024,” katanya kepada Bernama.

Sebelum ini Qabil terlepas peluang untuk beraksi di Tokyo selepas menamatkan saingan di bawah markah kelayakan pada acara Dressage Antarabangsa CDI di Le Mans, Perancis, Jumaat lalu.

Qabil perlu mendapat sekurang-kurangnya 66 peratus di Le Mans untuk layak ke Olimpik, namun dia hanya mendapat 64 peratus, kurang dua peratus untuk mencipta sejarah atlet equestrian negara pertama menyertai temasya berprestij itu.

Pemenang pingat perak Sukan Asia 2018 ini mengakui kurang persediaan dan kesuntukan masa bersama kudanya, Delatio.

“Saya tidak dapat ’synchronise’ dengan Delatio… hampir setahun setengah saya tidak menunggangnya, dan percaya ini menjejaskan prestasi di Le Mans.”

Walaupun kecewa dengan kegagalan ini, dia amat berbesar hati kerana mendapat pengalaman berharga di Le Mans dan menyuarakan penghargaan kepada jurulatih, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) kerana bertungkus lumus memastikan dia menyertai acara ini.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: