Antarabangsa

ACL: Nagoya Grampus antara pasukan ‘kuat’ Liga J1

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Foto: Nagota Crampus

 

Oleh: JJFIRDAUS

KELAB Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi akan menjadi wakil tunggal negara di kejohanan kelab terbaik Asia, Liga Juara-Juara AFC tahun ini dan telah diundi dalam Kumpulan G bersama-sama Nagoya Grampus, Pohang Steelers dan Ratchaburi Mitr Phol FC.

Sebelum saingan bermula pada 22 Jun ini, apa kata kita kenali dengan lebih dekat lawan pertama JDT iaitu kelab Liga J1 Jepun, Nagoya Grampus.

Ini adalah penampilan keempat Nagoya Grampus dalam Liga Juara-Juara AFC selepas kali terakhir layak adalah pada tahun 2012 dan layak ke pusingan 16 terbaik.

Tahun ini Grampus layak setelah menamatkan musim Liga J1 di tangga ketiga dibelakang Yokohama F. Marinos dan Gamba Osaka.

Skuad bimbingan Massimo Ficcadenti yang berpengkalan di Nagoya adalah pasukan pilihan untuk menjuarai Kumpulan G kerana ranking mereka yang lebih baik berbanding pasukan lain.

Mempertaruhkan pemain penyerang dari Brazil Matheus, Nagoya Grampus kini menduduki tangga kedua Liga J1 dibelakang pendahulu, Yokohama F. Marinos selepas hanya mencatat satu kemenangan dari lima perlawanan terakhir liga.

Mampukah JDT melakar kejutan ke atas Nagoya Grampus. Ianya bukan mustahil kerana JDT pernah menewaskan penyandang juara ketika itu, Kashima Antlers 1-0 di Stadium Larkin.

Ini adalah kelab keempat Jepun yang bakal dihadapi oleh JDT setelah menentang Gamba Osaka pada 2017, Kashima Antlers pada 2019 dan Vissel Kobe pada 2020. Ini menjadikan JDT cukup berpengalaman dalam kejohanan ini.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: