Permotoran

MotoGP: Marquez rangkul trofi juara ke-11 di Litar Sachsenring


PENUNGGANG Repsol Honda, Marc Marquez mempamerkan tunggangan juara apabila kembali ke podium teratas selepas menguasai perlumbaan MotoGP Grand Prix Jerman di Litar Sachsenring.

Marquez kembali bangkit memenangi perlumbaan selepas kali terakhir melakukannya pada Grand Prix Valencia pada 2019 dengan musim 2020 menyaksikan beliau bergelut dengan kecederaan.

Ini adalah kemenangan ke-11 Marc di Jerman sejak 2010 dan pertama kali selepas 581 hari tidak memenangi perlumbaan.

Bermula dari petak kelima, juara dunia enam kali itu berjaya mendahului perlumbaan pada penghujung pusingan pertama dan membuka jarak dari kelompok yang mengejar.

Tempat kedua menjadi milik Miguel Oliviera yang memberi tekanan sepanjang perlumbaan manakala pendahulu senarai pelumba, Fabio Quartararo menamatkan perlumbaan di tangga ketiga.

Dua pelumba Petronas Yamaha SRT, Valentino Rossi dan Franco Morbidelli hanya berjaya meraih tangga ke 14 dan 18 untuk mengutip hanya satu mata.

Kemenangan ini membuktikan bahawa Marc masih mempunyai sentuhan juara dan kebangkitan ini pastinya menjadi tumpuan peminat sukan permotoran di seluruh dunia.

Dengan keputusan ini Fabio Quartararo masih mendahului dengan 131 mata mengatasi Johan Zarco ditangga kedua dengan 22 mata dan Marc Marquez melonjak ke tangga ke-10 dengan 41 mata.

Perlumbaan seterusnya bakal berlangsung di Litar TT Assen, Belanda pada 27 Jun nanti.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading