Permotoran

Moto2: Hafizh Syahrin gagal kutip mata di Litar Sachsenring


PELUMBA Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah menamatkan perlumbaan di tangga ke-17 sekaligus gagal memungut mata pada Grand Prix Jerman yang berlangsung di Litar Sachsenring.

Hafizh yang menunggang jentera NTS menamatkan perlumbaan dengan ketinggalan 33.425 saat dibelakang pemenang dari Australia, Remy Gardner dalam perlumbaan 28 pusingan itu.

Turut bersama Gardner, pelumba pasukan Red Bull KTM Ajo di podium adalah pelumba Aspar, Aaron Canet di tangga kedua dan Marco Bezzechi ketiga yang menunggang jentera Sky Racing.

Ini adalah podium kesembilan Remy dari 11 perlumbaan dan kini mendahului pungutan mata kejuaraan dengan 36 mata mengatasi pelumba Sepanyol Raul Fernandez

Menerusi keputusan ini, Hafizh kekal di tangga ke-24 keseluruhan dengan lapan mata.

Perlumbaan seterusnya akan berlangsung di Litar TT Assen, Belanda pada 27 Jun ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: