Permotoran

F1 Perancis: Verstappen terpantas sesi kelayakan


PEMANDU Red Bull Racing, Max Verstappen menguasai sesi kelayakan Grand Prix Perancis dan bakal bermula di petak utama untuk perlumbaan yang dijadualkan pada Ahad.

Verstappen mencatat masa sepusingan terpantas 1 minit 29.990 saat di Litar Paul Ricard sepanjang 5.842 km itu mengatasi pemandu Mercedes dan juga seteru utama, Lewis Hamilton dengan perbezaan hanya 0.258 saat.

Sesi kelayakan pertama dihentikan seketika akibat bendera merah apabila pelumba Alpha Tauri, Yuki Tsunoda terbabas dan melanggar tembok sekaligus bakal memulakan perlumbaan pada petak terakhir.

Setelah sesi bersambung, Nicolas Latifi, Kimi Raikkonen Nikita Mazepin dan Lance Stroll tersingkir apabila sekali lagi sesi ditamatkan lebih awal akibat bendera merah dan bakal bermula dari petak ke-16 hingga ke-19.

Sesi kelayakan kedua menyaksikan anak kepada legenda Michael Schumacher, Mick Schumacher berjaya layak buat kali pertama dan pelumba Haas itu bakal bermula dari tangga ke-15.

Empat lagi pemandu tersingkir dengan Esteban Ocon, Sebastian Vettel, Antonio Giovinazzi dan George Russell bakal mengisi petak ke-11 hingga ke-14.

Sesi kelayakan ketiga pula menjadi medan pertarungan antara pelumba Red Bull dan Mercedes dengan keempat-empat pemandu sering bertukar masa terpantas.

Akhirnya di penghujung sesi Max Verstappen berjaya merampas petak pertama menerusi pusingan pantas dan tidak melakukan sebarang kesilapan untuk petak pertama kedua musim ini.

Siapakah bakal menguasai perlumbaan 53 pusingan esok. Pastinya satu lagi perlumbaan yang menarik bakal disajikan oleh pelumba-pelumba terbaik dunia ini.

Kedudukan Grid Permulaan Grand Prix Perancis

1. Max Verstappen – Red Bull

2. Lewis Hamilton – Mercedes

3. Valtteri Bottas – Mercedes

4. Sergio Perez – Red Bull

5. Carlos Sainz – Ferrari

6. Pierre Gasly – Alpha Tauri

7. Charles Leclerc – Ferrari

8. Lando Norris – McLaren

9. Fernando Alonso – Alpine

10. Daniel Ricciardo – McLaren

11. Esteban Ocon – Alpine

12. Sebastian Vettel – Aston Martin

13. Antonio Giovinazzi – Alfa Romeo

14. George Russell – Williams

15. Mick Schumacher – Haas

16. Nicolas Latifi – Williams

17. Kimi Raikkonen – Alfa Romeo

18. Nikita Mazepin – Haas

19. Lance Stroll – Aston Martin

20. Yuki Tsunoda – Alpha Tauri


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: