Olahraga

Raja pecut Sukan Sea 2017 luah perasaan susulan isu Covid-19

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Khairul Hafiz menafikan dirinya tidak bertanggungjawab hingga menjejaskan peluang beraksi di Kazakhstan. 

 

PELARI pecut negara, Khairul Hafiz Jantan menafikan dirinya tidak bertanggungjawab hingga menyebabkan terlepas menyertai kejohanan Qosanov Memorial di Almaty, Kazakhstan susulan kontrak rapat kepada Muhammad Haiqal yang positif Covid-19.

Telah melakukan persiapan rapi menghadi kejohanan bermula 19 hingga 20 Jun ini,  dirinya bukan tidak bertanggungjawab mensia-siakan peluang terakhir bagi merebut tiket ke Tokyo.

“Perkara ini adalah diluar kawalan saya. Saya sentiasa menjaga SOP sepanjang sesi latihan di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Johor sejak pertengahan Ramadan lalu sehingga ke hari ini.

“Saya tidak pernah tahu yang Haikal telah positif Covid-19. Tiada sebarang simptom yang ada pada beliau sepanjang sesi latihan kami sehingga tarikh kami bergerak ke Kuala Lumpur. Kami juga telah lengkap dua dos vaksin yang diberikan sebelum ini.

“Kami bergerak ke Kuala Lumpur pada Ahad petang selepas selesai sesi latihan dengan menaiki kenderaan peribadi bersama Haikal. Selepas tiba di Kuala Lumpur, saya menginap di rumah pakcik saya memandangkan kami merupakan atlet dari luar dan tidak tinggal di Majlis Sukan Negara (MSN),” tegasnya.

Khairul Hafiz mengharapkan rakan-rakan dapat menggunakan peluang keemasan memandangkan sudah lebih dari setahun kami tidak dapat beraksi dalam mana-mana kejohanan antarabangsa.

Tambahnya lagi, keesokan paginya, dia dan Haikal telah pergi ke Makmal perubatan swasta di Shah Alam bagi menjalani ujian calitan Covid 19 dan terus pulang kerumah selepas itu.

“Pada jam 8.00 malam saya bertolak ke MSN untuk menaiki bas ke KLIA tanpa mengetahui yang Haikal telah disahkan positif Covid 19”

“Saya berasa sedih kerana tidak dapat pergi bertanding bersama rakan yang lain ke sana memandangkan saya merupakan kontak rapat kepada Haikal,” jelasnya.

Pada masa sama dia redha dengan keputusan ini dan berharap agar rakan-rakan yang lain di sana dapat menggunakan peluang keemasan memandangkan sudah lebih dari setahun kami tidak dapat beraksi dalam mana-mana kejohanan antarabangsa.

“Saya mendoakan kejayaan mereka semua di sana dan InshaAllah, saya akan bangkit semula selepas ini,” katanya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: